1.0
Gaya
Kognitif
Gaya kognitif dan gaya pembelajaran adalah dua
konsep yang sama oleh ramai orang. Sebenarnya dua konsep ini adalah
berlainan.Contohnya Woolfolk (1988), mendefinisikan gaya kognitif ialah cara
individu mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitaran. Manakala,
gaya pembelajaran pula ialah pendekatan individu kepada cara belajar.
Manakala, Borich dan Tombari (1997)
mengaitkan gaya pembelajaran dan gaya kognitif iaitu cara individu memproses
dan berfikir mengenai perkara yang dipelajarinya sementara gaya pembelajaran
adalah keadaan persekitaran atau keadaan bilik darjah yang digemari oleh
individu untuk belajar. Menurut Santrock (2000) menganggap gaya ialah salah
satu cara seseorang menggunakan keupayaannya. Gaya belajar bermaksud cara yang
digemari seseorang menggunakan keupayaan belajarnya.
Gaya kognitif merupakan cara individu mengingat, membuat
persepsi dan memperoleh kembali maklumat. Ia juga menerangkan bagaimana
seseorang individu memperoleh pengetahuan (kognisi) dan bagaimana mereka
memproses pengetahuan tersebut (konseptual).Gaya kognitif murid-murid juga akan
menentukan jenis pembelajaran mereka sama ada ia adalah auditori, visual,
kinestetik dan sebagainya. Ia juga akan menentukan tahap penumpuan mereka sama
ada mereka dapat memokus kepada sesuatu tugasan atau tidak.
Konsep gaya kognitif tersebut ialah jika murid-murid
mempunyai gaya kognitif yang sama dengan guru-guru mereka, murid-murid tersebut
akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berjaya. Murid-murid yang mempunyai
gaya kognitif yang sama juga akan dapat bekerjasama dengan baik. Sehubungan
dengan itu, guru-guru juga dapat meningkatkan komunikasi dan interaksi di dalam
bilik darjah jika mereka dapat memadankan murid-murid dengan gaya kognitif yang sama di dalam aktiviti-aktiviti
kerja kumpulan dan projek-projek kolaboratif atau koperatif.
Oleh yang demikian adalah amat
penting untuk guru-guru memahami murid-murid mereka serta mengenali gaya
kognitif mereka. Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan saluran komunikasi yang
lebih terbuka di dalam bilik darjah. Guru-guru yang mempunyai kesedaran gaya
kognitif yang tinggi dapat memenangi kepercayaan murid-murid mereka dengan
lebih mudah. Justeru, mereka perlu memahami apa yang murid-murid mereka
cenderung kepada atau tidak dan cuba mengelak situasi –situasi yag tidak
disenangi oleh murid-murid. Mengikut prinsip-prinsip gaya kognitif, seorang
guru perlu memahami pemikiran murid-murid mereka supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih lancar.
2.0
Jenis-jenis
Gaya Kognitif
Mengikut
(Garity, 1985), gaya kognitif merujuk kepada cara-cara manusia memproses
maklumat dan pengalaman mereka. Gaya kognitif juga membawa maksud cara-cara
manusia mengamati sesuatu (persepsi), penyusunan dan pemanggilan balik
(retrieval) maklumat dan pengalaman (Lachinger dan Boss 1985). Ia juga merujuk
kepada cara-cara manusia menyelesaikan sesuatu permasalahan. Pada kebiasaannya,
terdapat lima gaya kognitif yang utama iaitu:
a) Gaya Kognitif Analisis
b) Gaya Kognitif Idealis
c) Gaya Kognitif Realis
d) Gaya Kognitif Pragmatik
e)Gaya Kognitif Sintesis
2.1 Gaya Kognitif Analisis
a) sentiasa mencari sesuatu untuk diramal
b) sentiasa bimbang jika sesuatu rancangan yang dirangka telah gagal
c) berfikir secara saintifik untuk mendapat keputusan yang dikehendaki
d) merancang sesuatu dengan teliti dengan mengumpul seberapa banyak maklumat
dan butiran yang terperinci
e) murid-murid inipercaya bahawa maklumat dan kajian yang cukup, setiap
permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera
Walaupun demikian, satu masalah yang dihadapi oleh
guru-guru yang mengajar murid-
murid yang mempunyai gaya kognitif analisis ialah
murid-murid ini akan menganggap diri
mereka gagal apabila idea-idea yang
dikemukakan oleh mereka tidak dapat menyelesaikan
sesuatu permasalahan yang dihadapi.
2.2 Gaya Kognitif Idealis
2.2 Gaya Kognitif Idealis
a) sentiasa bersifat reseptif dan mengambil pandangan yang lebih luas apabila
berhadapan dengan sesuatu masalah
b) suka bertanya orang lain apabila menghadapi sebarang kemusykilan
c) mementingkan aspek moral dan selalu menyoal diri apa yang dilakukan oleh
b) suka bertanya orang lain apabila menghadapi sebarang kemusykilan
c) mementingkan aspek moral dan selalu menyoal diri apa yang dilakukan oleh
mereka suka intropeksi diri.
d) setiap masalah boleh diatasi jika mendapat persetujuan bersama dan bekerjasama
e) suka melibatkan diri dalam perbicangan dan bersifat ' supportif'
Murid-murid yang mempunyai gaya kognitif ini mempercayai tahap-tahap atau jangkaan
matlamat yang spesifik. Mereka juga suka menetapkan matlamat-matlamat yang besar dan
yang berwawasan. Mereka lebih memokus kepada matlamat jangka panjang daripada
perjalanan untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, guru-guru mesti pandai mengaitkan
matlamat-matlamat universal yang meliputi kualiti, perkhidmatan dan kebaikan kepada
mastarakat dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila mengajar murid-murid yang
mempunyai gaya kognitif idealis.

2.3
Gaya
kognitif Pragmatik
Gaya Kognitif Pragmatik merujuk
kepada pemikiran yang berpandukan pengalaman praktikal dan pemerhatian dan
bukan berasaskan teori. Mengikut (2000), “pemikir pragmatik” adalah fleksibel
yang mencari ganjaran langsung dan bukan pelan agung yang akan mengubah dunia.
Oleh itu, untuk berhubung dengan murid-murid yang mempunyai gaya kognitif
pragmatik, Bramsom (2000) mencadangkan penekanan terhadap objektif yang dapat
dimulakan dengan sumber-sumber sedia ada.
a) tertumpu kepada amalan-amalan praktikal dan bagaimana menangani sesuatu
masalah realistik dan logik
b) menekankan kepada fungsi praktikal ilmu sebagai alat untuk menerima realiti dan mengawalnya
c) suka bereksperimentasi dan berinovasi yang tinggi
d) suka menerangkan strategi dan taktik apabila melakukan sesuatu kerja dan boleh melakukan beberapa pekerjaan pada masa yang sama
e) pengalaman adalah guru terbaik
Ciri-ciri yang dielakkan oleh murid-murid yang mengamalkan gaya pragmatik ialah mereka
tidak gemar kepada perbincangan yang abstrak dan tidak suka menilai orang lain.
2.4 Gaya Kognitif Realisme
a) anggap dunia realiti mengikut apa yang dipaparkan oleh lima deria mereka
iaitu penglihatan, pendengaran, hiduan,sentuhan dan rasa
b) tidak
bergantung kepada maklumat-maklumat yang didapati daripada buku
atau bahan media yang lain
c)
menumpukan apa yang dilihat secara fizikal dan suka mecari fakta sendiri
dan tidak suka bergantung kepada orang lain
d) suka
menulis laporan yang ringkas tetapi padat dan tepat
e) suka
mencari apa yang salah dan fokus untuk membaikinya
Mereka juga suka mendapat kata
sepakat dengan semua orang dalam kumpulan yang
sama. Walau bagaimanapun, kalau mereka tidak dapat menyelesaikan sesuatu
permasalahan, mereka akan bergantung kepada nasihat daripada seorang pakar. Mereka
juga suka berinteraksi dengan pakar-pakar dalam bidang masing-masing dan suka
berinteraksi dengan individu-individu yang mempunyai banyak cadangan yang sepadan
dengan idea-idea mereka untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.
2.5 Gaya Kognitif Sintesis
a) mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah situasi yang belum berlaku
b) mampu mencari data dan maklumat untuk menghasilkan penyelesaia kepada
sesuatu permasalahaan
c) mempunyai kebolehan untuk menggabungkan, mengintegrasi dan mencantumkan
idea-idea. Mereka juga boleh menafsir dan merumuskan hasil yang dianalisa
melalui prinsip-prinsip induksi dan deduksi
d) suka membuat aktiviti-aktiviti pemikiran yang melibatkan konsep-konsep seperti
rumusan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, rekaan dan lain-lain
e) suka berfikir secara kreatif dan anggap dunia ini sebagai sesuatu yang kompleks
Oleh itu, bila berhadapan dengan murid-murid sebegini, guru-guru mesti sabar dan mendengar pendengaran mereka dan memahami bahawa mereka jenis yang suka berhujah dan bukan mereka yang suka menentang dan berlawan dengan guru-guru.
3.0 Implikasi Gaya Kognitif Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Implikasi gaya kognitif terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah ia dapat menyediakan maklumat yang berguna kepada guru-guru mengenai kaedah pengajaran mereka. Seterusnya, ia juga memberi kesan kepada pengstrukturan kurikulum dan penilaian dalam sekolah-sekolah. Selain daripada itu, kajian mengenai gaya kognitif adalah penting untuk menentukan tahap inovasi dalam kaedah-kaedah pengajaran dan penilaian dalam sekolah-sekolah.
Ia juga dapat membantu guru-guru dan perancang-perancang kurikulum dalam merancang proses-proses pengajaran dengan lebih sistematik. Guru-guru yang profesional juga mesti memastikan bahawa mereka dapat mengajar dengan kaedah-kaedah dan gaya kognitif yang lebih profesional. dalam pada itu, kajian gaya kognitif murid-murid dan guru-guru dapat membantu pakar kurikulum dalam merancang pengajaran efektif. Guru-guru juga akan lebih peka terhadap gaya kognitif dan impaknya terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Metodologi-metodologi yang dicipta untuk menangani pelbagai jenis gaya kognitif boleh membawa kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan.
4.0 Teori Pembelajaran Kognitif
b) Teori Pemprosesan Maklumat Gagne
5.0 Penutup
Secara kesimpulannya, proses pengajaran seharusnya memberikan peluang kepada murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Setiap orang murid mempunyai pilihan gaya kognitif tersendiri hasil daripada pelbagai pengaruh. Kepentingan untuk mengenal pasti gaya kognitif yang merupakan asas kepada pengajaran guru, menjadi semakin ketara apabila guru-guru berhadapan dengan isu kepelbagaian murid. Pendidik seharusnya menggunakan instrumen mengukur gaya kognitif yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sekiranya, seorang murid diberi peluang untuk belajar mengkut gaya kognitifnya semasa mempelajari sesuatu yang ukar, murid tersebut akan mendapat pencapaian yang lebih tinggi.
><,�3 xO

PERBANDINGAN GAYA-GAYA KOGNITIF
Gaya Kognitif
Analisis
|
Gaya Kognitif
Idealis
|
Gaya Kognitif
Pragmatik
|
Gaya Kognitif
Realisme
|
Gaya Kognitif
Sintesis
|
|
Ciri-ciri
|
- mencari keputusan yang
boleh diramal
- berfikir secara
saintifik
- merancang dengan
teliti
-mempunyai banyak set
kriteria dan akan pilih yang
paling baik
- percaya dapat
selesaikan
masalah dengan mudah
- anggap diri gagal jika
tidak
dapat selesaikan sesuatu
masalah
|
-bersifat reseptif &
mempunyai pandangan
yang luas untuk
selesaikan sesuatu
masalah
-suka bertanya apabila
menghadapi sesuatu
masalah
-pentingkan aspek moral
& selalu menyoal diri
tentang apa yang
dilakukan oleh mereka
-mempunyai matlamat
yang besar &
berwawasan
-suka melibatkan diri
dalam proses introspeksi diri (penilaian diri)
-semua masalah boleh
diatasi jika semua orang mempunyai persetujuan dan bekerjasama
-suka melibatkan diri
dalam perbincangan
-seorang yang “suportif”
-sentiasa
mempertimbangkan emosi orang lain
|
-lebih kepada
pengalaman & praktikal
dalam melakukan
sesuatu
-tidak bergantung
kepada teori semata-
mata
-menghadapi &
mengatasi masalah
secara realistik & logik
- suka melakukan
eksperimen &
mempunyai daya
inovasi yang tinggi
-merangka strategi &
tektik apabila melakukan
kerja
-boleh melakukan
beberapa pekerjaan dalam masa yang sama
-anggap pengalaman
adalah guru yang terbaik
-mereka tidak gemar
kepada perbincangan yang abstrak & tidak suka menilai orang lain
|
-melihat dunia realiti
berdasarkan oleh lima deria mereka iaitu penglihatan, pendengaran, rasa,
hiduan & sentuhan
-tidak bergantung kepada
maklumat-maklumat yang didapati daripada buku atau bahan media semata-mata
-tumpu kepada apa yang
dilihat secara fizikal
-suka menulis
laporan-laporan yang ringkas & tepat
-setiap apa yang salah
boleh diperbaiki
-suka berinteraksi atau
bergaul dengan individu yang mempunyai banyak cadangan dan pakar dalam bidang
tertentu supaya dapat berkongsi untuk selesaikan sesuatu masalah
|
-mampu menjelaskan
struktur dan boleh kenal pasti sebab-sebab & punca sesuatu
-mampu selesaikan
sesuatu masalah dengan sendiri
-mempunyai kemahiran
menggabungkan & mengintegrasi idea idea
-boleh menafsir &
merumuskan hasil yang dianalisis
-suka melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti berfikir seperti konsep, rumusan, membuat keputusan,
membuat kesimpulan, rekaan, gubahan dan lain-lain
|
Implikasi
|
-guru perlu memberi
tugasan yang lebih fokus kepada pembacaan
-guru perlu melihat
kepada pengetahuan sedia ada murid semasa mengajar
-guru boleh mengajar
murid tersebut dengan mengaitkan pelbagai teori
|
-guru perlu banyakkan aktiviti
berkumpulan & perbincangan
- pelbagaikan BBM yang
menarik ketika mengajar
|
-guru perlu banyakkan
aktiviti amali supaya mereka memperoleh lebih banyak pengalaman
-perbanyakan aktiviti
individu
-guru perlu gunakan BBM
yang konkrit
-guru perlu merancang
masa yang mencukupi
|
- guru perlu
banyakkan aktiviti
amali
-guru perlu sediakan
BBM yang
bersesuaian dengan
masa / zaman
|
-pelbagaikan BBM
yang membolehkan
murid-murid
membuat penaakulan
-perbanyakan aktiviti
yang melibatkan
pengiraan
|
3.0 Implikasi Gaya Kognitif Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Implikasi gaya kognitif terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah ia dapat menyediakan maklumat yang berguna kepada guru-guru mengenai kaedah pengajaran mereka. Seterusnya, ia juga memberi kesan kepada pengstrukturan kurikulum dan penilaian dalam sekolah-sekolah. Selain daripada itu, kajian mengenai gaya kognitif adalah penting untuk menentukan tahap inovasi dalam kaedah-kaedah pengajaran dan penilaian dalam sekolah-sekolah.
Ia juga dapat membantu guru-guru dan perancang-perancang kurikulum dalam merancang proses-proses pengajaran dengan lebih sistematik. Guru-guru yang profesional juga mesti memastikan bahawa mereka dapat mengajar dengan kaedah-kaedah dan gaya kognitif yang lebih profesional. dalam pada itu, kajian gaya kognitif murid-murid dan guru-guru dapat membantu pakar kurikulum dalam merancang pengajaran efektif. Guru-guru juga akan lebih peka terhadap gaya kognitif dan impaknya terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Metodologi-metodologi yang dicipta untuk menangani pelbagai jenis gaya kognitif boleh membawa kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan.
4.0 Teori Pembelajaran Kognitif
Ahli-ahli
teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan- perubahan
yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang.
Pembelajaran berlaku akibat pemprosesan-pemprosesan yang berlaku dalam minda
seseorang. Ahli-ahli kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan
proses-proses mental dalaman iaitu fikiran, ingatan, pengetahuan dan
penyelesaian masalah yang berlaku dalam pembentukan skema manusia
Ahli-ahli
psikologi yang mengutamakan teori kognitif terdiri daripada:
a)
Jean
Piaget – Teori Pembelajaran Piaget
b)
Robert Gagne – Teori Pemprosesan Maklumat
Gagne
a) Teori
Pembelajaran Piaget
Jean Piaget
(1869-1980) seorang Swiss dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak. Seorang
tokoh yang paling banyak menyumbang dalam abad ke 20. Piaget bekerjasama dengan
Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental (IQ). Beliau memperhatikan cara
kanak-kanak menjawab soalan untu memahami cara pemikiran berkembanagan kognitif
kanak-kanak.
Peringkat-peringkat perkembangan Kognitif Piaget
a)
Sensori motor ( 0 hingga 2 tahun)
b)
Pra-operasi ( 2 hingga 7 tahun)
c)
Operasi Konkrit ( 7 hingga 11 tahun
d)
Operasi Formal (11 tahun ke atas)
Empat
konsep Piaget
a)Skema- struktur mental yang digunakan
kanak-kanak untuk menyusun maklumat dan
pengalaman berdasaran persekitarannya.
b) Asimilasi – proses kognitif yang mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dalam
b) Asimilasi – proses kognitif yang mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dalam
skema kognitif yang sedia
ada
c)Akomodasi –mengubah struktur skema yang sedia
ada untuk sesuaikan dengan kefahaman
baru
d) Adaptasi- Kognitif skema membuat satu tahap
keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi dan mencapai satu tahap
keseimbangan
Aplikasi Prinsip-Prinsip Piaget Dalam Bilik Darjah
Di antara cara-cara utama guru-guru dapat mengaplikasikan teori Piaget dalam bilik darjah ialah:
a) Susun Atur Kurikulum
- Isi pelajaran mesti disusun oleh guru-guru secara berperingkat dari urutan mudah ke sukar dan dari konkrit ke abstrak.
- Sukatan pelajaran sekolah rendah di Malaysia kini dijadikan peraturan dari peringkat prasekolah ke tahun enam berdasarkan peringkat-peringkat dalam teori Piaget.
- Bahan-bahan bantu mengajar perlu terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan dimanipulasi.
- Bahan-bahan maujud amat berkesan dalam meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah.
- Guru-guru perlu mengamalkan banyak contoh-contoh konkrit dan menggunakan analogi-analogi serta perbandingan-perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid-murid pada tahap pembelajaran.
Robert M Gagne (1916-2002) adalah seorang
ahli psikologi pendidikan yang telah
menjalankan pendidikan luas dalam bidang
yang telah menjalankan penyelidikan luas dalam
pengajaran dan pembelajaran. Tiga cara manusia menguasai ilmu ialah melalui:
- Pemeratian
- Refleksi
- Penyelidikan
Proses Pengajaran dan Proses Kognitif Mengikut Teori Gagne
Syarat
Proses Pengajaran / Kognitif
|
Contoh
|
Menarik
perhatian / pengenalan
|
Guru-guru
menunjukkan beberapa bentuk segitiga
|
Memberitahu
murid-murid mengenai objektif pelajaran / harapan
|
Menyoal
mengenai segitiga sama
|
Merangsangkan
pengetahuan sedia ada / mengingat kembali
|
Guru-guru
mengingatkan murid-murid mengenai pelajaran yang lampau mengenai segitiga
|
Rangsangan
kepada pengenalan topik / berfokus kepada tajuk spesifik
|
Guru-guru
menyoal murid-murid mengenai definisi segitiga sama
|
Memberi panduan / koding dalam ingatan
|
Guru-guru
membantu dengan menyoal mengenai pelbagai bentuk segitiga dan menyoal sambil memberi petua-petua yang berkaitan dengan segitiga
|
Menggalakkan
membuat latihan sendiri / gerak balas murid
|
Murid-murid
diminta melukis empat buah segitiga
|
Memberi maklum balas / pengukuhan
|
Guru-guru
memberi maklum balas dan membetulkan konsep yang salah
|
Menilai
pencapaian murid / mengingat semula
|
Guru-guru
memberi latihan tambahan dan pemulihan
|
Mengukuh
dengan pemindahan pembelajaran / generalisasi
|
Guru-guru
menunjukkan gambarajah lain dan meminta murid-murid mengenal pasti bentuk
segitiga sama
|
5.0 Penutup
Secara kesimpulannya, proses pengajaran seharusnya memberikan peluang kepada murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Setiap orang murid mempunyai pilihan gaya kognitif tersendiri hasil daripada pelbagai pengaruh. Kepentingan untuk mengenal pasti gaya kognitif yang merupakan asas kepada pengajaran guru, menjadi semakin ketara apabila guru-guru berhadapan dengan isu kepelbagaian murid. Pendidik seharusnya menggunakan instrumen mengukur gaya kognitif yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sekiranya, seorang murid diberi peluang untuk belajar mengkut gaya kognitifnya semasa mempelajari sesuatu yang ukar, murid tersebut akan mendapat pencapaian yang lebih tinggi.
ii
No comments:
Post a Comment